Monday, January 2, 2012

Amanah

Bank Negara taja dia pi studi sana nun..
gaya dah macam omputeh dah...
kita doa2 la dia berubah jadi orang Timur balik...

Sebab tengok dia terpikiaq pulak aku...
besaq tanggungjawab pegang amanah ni...
nanti Tuhan tanya pasai amanah??..
tak payah tunggu Tuhan tanya la, rakyat tanya pun tak tau nak jawab apa dah rasanya...
aku pun tak la baek mana...
tapi nak tunggu baek sempurna baru nak nasihat jawab dia punggah abih la semua...kan

ok la,aku pulak takut...
aku pun ada amanah dari mak pak aku nih..
ngaji...ngaji...ngajiiiii

aku cilok dekat gugel...credit to sini

wish me luck for my final exam...
ketaq pala lutut ehhhh...
akhir kata.............jaga diri hiasi peribadi :)


p/s: laju gila menaip kalau guna bahasa ibunda..hehe..release.............STUDI LA MASHI OOII!!!

4 comments:

  1. Peringatan buat penyebar fitnah:
    “Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication (komunikasi dua hala) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
    Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan. Baginda bersabda: “Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim

    ReplyDelete
  2. kisah apakah ini?

    aku baru tahu.. huhuhu..

    hurm.. setiap orang yang lahir di muka bumi ini ada amanah terutama pada Sang Pencipta kan..

    oklah.. selamat study.. good luck exam mashi!.. ^^,

    ReplyDelete
  3. hehe cerita hujan panas...
    yang amanah dekat Sang pencipta tu sangat la betol faein...
    tq faein....agagagaa...seram sejuk nak exam :P

    ReplyDelete

Sila sila..
buat macam rumah sendiri..