Friday, October 28, 2011

Nafsu

Perempuan ada sembilan nafsu,lelaki ada satu nafsu..
tu orang selalu kata la..

mengikut konsep matematik
nafsu lelaki yang satu tu adalah 1/1=100%
nafsu perempuan yang 1/9=11.11% setiap satu (gigihnya aku siap tekan2 kalkulator..hahaha)

lelaki kalau dapat kontrol nafsu yang satu tu selamattttttt tapi macam mana perempuan yang banyak nafsu ni??kemungkinan tak terkawal tu ada walaupun setiap satu nafsu mempunyai percentage yang sedikit dan tidak begitu dominan untuk menunjukkan ciri2 dia (hahaha..ayat biologi form 5 nih)...
so tadi macam mana tah buleh aku terpikiaq terfikir benda ni...

walaupun aku perempuan tapi nafsu2 nak shopping,bergaya sana bergaya sini kurang...KURANG sahaja bukan bermaksud tak ada langsung...sebagai contoh,bila terjumpa baju murah dan berkenan beli la tapi bila dah dapat sehelai dua cukup dah,tak ada la semua kedai aku nak masuk tengok2 lagi...prinsip aku senang sahaja..

"MATIK LA KALAU NAK IKUT TREND,SAMPAI TUA KENDOQ PUN TAK HABIS2"


aku nak mengurangkan rasa bersalah sebenarnya..
kawan2 mesti tau nafsu aku lebih terjerumus ke arah makanan..
ikut pendapat aku la kan,ok jugak aku ke arah ni sebab at least benda tu buat aku hepi sangat..
tambah2 kalau dapat yang free..ehemmm!!
perut kenyang hati pun riang.. hihihi

ni antara hadiah yang aku dapat masa besday,90% adalah makanan...hehh!

oleh sebab aku suka makan,jadi aku suka kalau kawan2 aku pun suka makan...
kami berkongsi pendapat dan rasa..sebagai contoh lagi,aku order steak kawan order chicken chop lepas tu pakat2 rasa sebab tak mampu nak makan dua set sorang..kan ke untung tu...

bila perut buncit badan berisi tak buleh dah nak pakai baju kecik2..kurang dah opportunities nak kutip dosa di situ..bila dah makan macam2 dah tak mampu nak beli perfume wangi2 dan beli mekap tebal2..kurang lagi peluang nak buat dosa....hahaha..teori apakahh??...pandai2 ja aku ni

tapi yang paling betul semua pun kena kontrol..
INGAT!! 3F buleh  rosakkan orang ISLAM.. fashion,FOOD and fun...
tak tak,bukan maksud aku tak payah makan tapi biar jangan obes obses sangat
so sekarang aku tengah gigih bersenam..
bila bersenam lepas tu nak makan banyak2 buat aku rasa bersalah dan sia2..ayat ni jangan percaya sangat
dan aku dah allocate duet aku jugak...contoh.hari tu dah makan Nandos sampai 30 hingget,6 hari sep duet nasik nak cover balik duet Nandos..harharhar...
semoga berjaya lah mashi... :)

ni masa besday..hepi kan muka..kawan belanja makan papa jon la,resepi rahsia la,jonis la....makan makan dan makan lagi..erkkkk

6 comments:

  1. Camtu betday ko dik akak belikan coklat jelah.. senang.. tak pun.. kuih 3 singgit.. tak pun.. cekedis jelah ahaks...

    kek.. donut.. sushi.. roti.. chicken chop.. lamb chop.. emmmm itu makan time betday akak jelah ahaks...

    ReplyDelete
  2. tak pe kak..saya demand tak tinggi..hehe
    orang nak bagi pun dah besar nikmat...

    syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..alhamdulillah!!!

    :)

    ReplyDelete
  3. nafsu wa pada buku-buku. pantang masuk kedai buku, habislah.. rasa semua nak beli. Alhamdulillah belum kaya lagi. kalau dah kaya beli kedai teruslah.. hehehe..;p

    ReplyDelete
  4. waaaa....

    nafsu yang baek jangan di buang...
    saya sokong niat murni anda..
    semoga berjaya la dengan kedai buku yang bakal di beli tuh...

    :)

    ReplyDelete
  5. berfashion pun akak tak.
    minat terhadap food pun kurang (lately ni lg teruk. takdak nafsu nak makan, tapi badan tetap lah gagah. bagaimana?
    fun? ahh... tak tau. menda tu?

    ReplyDelete
  6. semua pun tak ni kak wos,baek kak wos pegi jumpa bidan cepat2 pulihkan apa yang patot...hahaha

    alaaa fun hat tuu tuuu..alaaa yang tu laaaa..pegi fun fair pun salah satu la tu

    ReplyDelete

Sila sila..
buat macam rumah sendiri..