Monday, August 15, 2011

Wasiat Nabi

  1. kurangkan gelak kerana banyak gelak mematikan hati
  2. pandanglah pada orang yang lebih bawah dari kita kerana ia buleh mendatangkan rasa bersyukur
  3. lupa
  4. lupa
  5. lupa
Ni la akibatnya kalau dengar ceramah sambil buat benda laen..aku dengar kat radio je,petang2 sambil masak untuk berbuka..yang dua tu aku ingat sangat sebab selalu buat..aku je yang selalu buat,aku tau korang tak buat..korang semua baik

gelak..kadang2 kita suka sangat gelak sampai semua benda pun nak gelak..buleh kalau nak gelak cuma jangan melampau2...Ustaz tu bagi contoh  'Ma_ha_ra_ja La_wak'..hehe..jangan sentap..aku pun tengok jugak cuma tak polo je..kadang2 tengok kadang2 tak..lebih kepada tak tengok kot sebab rumah aku tak ada astro..so tak minat sangat..

macam mana tu hati mati??hati mati tu bak kata ustaz kita susah nak terima nasihat,semua benda adalah biasa dan remeh..hati susah nak tersentuh..contohnya isu tudung..agaknya sebab tu la senang sangat orang tak bertudung bagi jawapan "tak dapat seru lagi" sebab diorang tak rasa sentap atau malu bila orang tanya soalan tu..sampai ada kadang2 buleh pulak buat status kat pesebuk kan (relevan tak contoh?)..

wasiat kedua yang di atas..pasal syukur..kadang2 (suka benor aku guna perkataan kadang2) kita selalu compare diri kita dengan orang.."ala aku kalau banding dengan dia macam tak ada apa la,dia ada kereta Mercedes 44 biji aku ni kereta  kancil sebijik tu la"..bila kita compare dengan orang yang atas daripada kita,tak ada la rasa bersyukur..cuba tengok pak cik pak cik yang kayuh basikal,yang bawak anak bini dengan moto..baru la kita rasa kancil pun dah syukur sangat kan..bukan tengok pada pangkat kuasa dan duit saja,kesenangan dan kesusahan yang Tuhan bagi jugak..kita putus cinta,status kat pesebuk hapdet setiap 5 minit,macam nak mati sangat gayanya..orang laen yang mati mak ayah pun tak terok macam tu..heh..rasa kita susah,ada lagi yang lagi susah

wasiat nabi tu banyak,ustaz tu kata 3 jilid buku..tapi sebab slot ceramah sejam sahaja sebab tu dapat bagi 5 ja..sama2 la kita kurangkan gelak dan banyakkan bersyukur noh..posa jangan tak posa!:)


P/S: lama rasa tak taip yang ilmu2 nih..nak tanya sikit..sapa tau nombor tepon "tanyalah ustaz" kat tv9 pagi2 tu??aku nak..dia tak tayang kat skrin pun

8 comments:

  1. search kat you tube "ustaz kazim maharajalawak"

    cer dengar.

    lagi takut.

    ReplyDelete
  2. baik kak wos..
    saya cari sekarang :)

    ReplyDelete
  3. carik ustaz kazim elias lah..
    pastu belek2 setiap ceramah dia.
    semua pun best2.
    nanti terjumpa la tajuk tuu..

    ReplyDelete
  4. kan kak wos..
    ceramah ustaz kazim memang best2,kadang2 sampai menitik ayaq mata..huhu

    tak jumpa jugak yang maharaja lawak tuuuu...huwaaaaaa

    ReplyDelete
  5. yes!!dapat...
    terima kaseh kueh bakar...
    suka makan kueh bakar sangat2..hehe

    ReplyDelete
  6. ehh kejap..
    betol2 ke tipu2 nih?

    ReplyDelete

Sila sila..
buat macam rumah sendiri..