Saturday, December 1, 2012

Gula-Gula untuk Sahabat

Bukan nak bergelak saja nak sama2..
Bersedih pun...
Kesian dia stress kerja..
She...jangan sedih2 yea..
Ni untuk mu... :)




p/s: aku pulak yang busy mengalahkan orang kerja..apa kes tah..hahaha..tapi alhamdulillah masih mampu tersenyum gembira...

Friday, June 8, 2012

Tak hagak-hagak



sungguh..aku HILANG FOKUS

Wednesday, June 6, 2012

Jalan penyelesaian

Ni ada kaitan dengan entry aku yang lamaaaaaaaaaa dulu..
entry yang ini..

Tadi loyer aku call (bunyi cam hebat sangat..hehe)
pihak sana minta setel luar court saja..
mungkin buleh membahagiakan dua-dua pihak..
apa2 pun nanti lah bincang balik..
aku pun tak tau nak kata macam mana..






hanya mendoakan yang terbaik..

Sunday, June 3, 2012

Pilihan

Hari tu cuti aku balik rumah.
Aku tengok tv cerita pasal 'Food Revolution' yang Jamie Oliver buat kat U.S.
Harap maklumlah rumah aku tak ada estro, cerita dah berkulat baru nak review.
Sapa nak tengok tapi belum tengok, try la cari kat uTube..ada tuuu

Secara ringkasnya, si Jamie ni try nak ubah cara pemakanan orang US khusus kat kawasan Huntington sebab budak2 yang kecik2 di sini di jangka akan hidup lagi singkat dari mak bapak depa  diorang..
Sebab apa?? tengok la jenis makanan kat sekolah. Ada pizza, nugget dan segala macam yang segera.
Hari2 makan benda tu. Untuk lebih lanjut,tengok sendiri la naaa...

Best jugak la. Ada benda kita boleh ambil buat pedoman (ehemm!)
Pertama..Bercakap pasal pilihan raya, kita kadang-kadang selalu buat salah dalam memilih. Budak2 khususnya. Kenapa la bagi budak2 untuk memilih apa yang baek atau tak baek untuk diorang..
saya (saya la pulak) yang tak berapa nak budak ni pun kadang2 salah dalam memilih.
Bukan sebab tak tau,tapi nafsu.Mesti la nak yang sedap tanpa fikir kesan dia di hari muka (warghhhh ayat aku hari ni).
Kadang2 aku, eh saya sedih tengok budak2 sekarang.Terlampau di manjakan eg: "adik nak buku ke samsung galaxy bimasakti?? nanti mama bagi buat hadiah birthday".Sebagai yang tua,apa yang kita rasa bagus bagi je la walaupun berabih kena protes dengan budak tu. Ikut budak2 nak best ja la diorang tau.

Aku pernah dengar ceramah,lamaaaaaaa dah. Secara kasar maksud dia macam ni la. 7 tahun yang pertama untuk di turuti dan di sayangi, 7 tahun yang kedua untuk kita bertegas,dan 7 tahun selepas tu untuk kita berkawan. Islam pun dah bagi jalan. Semua atas kita nak ikut atau tak.

Keduanya, ni memang lumrah. Bila kita nak buat benda baek mesti banyak penghalang. Jadi jangan mudah putus asa :)


antara penanda buku dan chopstick saya pilih chopstick untuk di jadikan penanda buku. Sebab benda tu percuma..hehe

Sunday, May 13, 2012

Mukadimah

TEST NI...
TEST TU..
TEST NI..
TEST TU...

tak ada la stress melampau..stress is normal kan kan..tapi letih yang sangat berleluasa...
kadang2 punya la tahan mata tak mau tidur lepas asar tapi terkandas jugak...huhuhu
bila laaa nak buleh pi makan meatball IKEA ni..haiiiii..sempat lagi tuu

dan yang paling sedih sekali...



 
huwaaaaaaaa...ramai kawan2 kahwin...sob sob..aku jeles..nak kahwin jugak!!!..
tak dapat nak attend...sedih..
tak dapat makan nasik minyak..sedih jugak..
tak dapat jumpa kawan2..pun sedih jugak...

sabo je laaaa mashi...huhuhu



Thursday, January 12, 2012

Tribute

( pasang lagu Win_ter so_nata before baca )

Tarikh 9/10/2011..
Adik call cakap Bambam dah mati termakan tikus beracun...
Aku waktu tu??? meleleh leleh ayaq mata dalam kereta on the way balik dari celebrate besday...
Mek sampai terkedu sampai tak tau nak buat apa..
dari hepi2 terus jadi malapetaka..

aku pernah try nak update entry pasal dia lepas dia mati...
tapi sungguh...aku tak buleh..
senang sangat ayaq mata ni...
lama tersimpan dalam draft...
hari ni baru terasa nak sambung..

ada dulu aku pernah up entry pasal dia sini
dia la peneman aku bila aku balik cuti sem...
rajin dia kalau bab2 melayan aku menyembang...
apa dia kata pun aku tak paham..
belasah saja laaaaaa....

Bambam
Sekarang tinggal Anjang ja dekat rumah...
daripada dulu 7 ke 8 ekor kucing sekarang tinggal 1..
terasa laen macam...masa nak jamu makan pun dah tak rasa meriah
tisu!! tisu!! tisu!!..tacing ni weh..

Anjang..anak Bambam
tapi apa buleh buat..
Dah sampai masa dia kan..
Aku akan ingat hang sampi bila2 Bambam..
Tak ada kucing laen dapat ganti hang...
aku nak doa pun kompom2 hang masuk syurga kan...
hang la doakan aku...hihihi
dan lagi satu,tak lama lagi hang nak dapat cucu.....lagi

Screen saver tepon aku sampai hari ni pun muka hang

Aku sayang hang sangat :')




REST IN PEACE....Bambam in memories

Wednesday, January 11, 2012

Cabaran Roti Nan Ayam Tandoori

Mimpi apa tah malam tu nak makan roti nan...
setelah bersiap sedia maka bergeraklah kami ke tempat yang di tuju...
harus la kedai mamak...Hakim Seksyen 7 (lama)..

situasi biasa-biasa...


situasi luar biasa-biasa...

silap sungguh...
malam tu ada lawan bola pulak...
tak ada ruang kosong, meja kosong apatah lagi... penuh
nak makan roti nan macam nak pegi berperang..
sekali gol, mau bergegar ayam tandori dalam perut...hahaha
bila tak gol aku gelak..semua pandang...
sori la bro,saya memang selau gelak kalau tak gol..reverse reaction hotak hang...jangan marah rrrrr

okey...
tak mau makan roti nan dah..huhu..
bak kata pepatah "kerana bola,roti binasa"...

tapi tak apa, capati kan ada :)