Friday, June 8, 2012

Tak hagak-hagak



sungguh..aku HILANG FOKUS

Wednesday, June 6, 2012

Jalan penyelesaian

Ni ada kaitan dengan entry aku yang lamaaaaaaaaaa dulu..
entry yang ini..

Tadi loyer aku call (bunyi cam hebat sangat..hehe)
pihak sana minta setel luar court saja..
mungkin buleh membahagiakan dua-dua pihak..
apa2 pun nanti lah bincang balik..
aku pun tak tau nak kata macam mana..






hanya mendoakan yang terbaik..

Sunday, June 3, 2012

Pilihan

Hari tu cuti aku balik rumah.
Aku tengok tv cerita pasal 'Food Revolution' yang Jamie Oliver buat kat U.S.
Harap maklumlah rumah aku tak ada estro, cerita dah berkulat baru nak review.
Sapa nak tengok tapi belum tengok, try la cari kat uTube..ada tuuu

Secara ringkasnya, si Jamie ni try nak ubah cara pemakanan orang US khusus kat kawasan Huntington sebab budak2 yang kecik2 di sini di jangka akan hidup lagi singkat dari mak bapak depa  diorang..
Sebab apa?? tengok la jenis makanan kat sekolah. Ada pizza, nugget dan segala macam yang segera.
Hari2 makan benda tu. Untuk lebih lanjut,tengok sendiri la naaa...

Best jugak la. Ada benda kita boleh ambil buat pedoman (ehemm!)
Pertama..Bercakap pasal pilihan raya, kita kadang-kadang selalu buat salah dalam memilih. Budak2 khususnya. Kenapa la bagi budak2 untuk memilih apa yang baek atau tak baek untuk diorang..
saya (saya la pulak) yang tak berapa nak budak ni pun kadang2 salah dalam memilih.
Bukan sebab tak tau,tapi nafsu.Mesti la nak yang sedap tanpa fikir kesan dia di hari muka (warghhhh ayat aku hari ni).
Kadang2 aku, eh saya sedih tengok budak2 sekarang.Terlampau di manjakan eg: "adik nak buku ke samsung galaxy bimasakti?? nanti mama bagi buat hadiah birthday".Sebagai yang tua,apa yang kita rasa bagus bagi je la walaupun berabih kena protes dengan budak tu. Ikut budak2 nak best ja la diorang tau.

Aku pernah dengar ceramah,lamaaaaaaa dah. Secara kasar maksud dia macam ni la. 7 tahun yang pertama untuk di turuti dan di sayangi, 7 tahun yang kedua untuk kita bertegas,dan 7 tahun selepas tu untuk kita berkawan. Islam pun dah bagi jalan. Semua atas kita nak ikut atau tak.

Keduanya, ni memang lumrah. Bila kita nak buat benda baek mesti banyak penghalang. Jadi jangan mudah putus asa :)


antara penanda buku dan chopstick saya pilih chopstick untuk di jadikan penanda buku. Sebab benda tu percuma..hehe