Tuesday, June 29, 2010

Viking


Korang tawu apa tu viking challenge??aku selalu tengok kat tv.Dulu ada malam tp now siang pulak pukul 2 hari isnin.Viking ni adalah sebuah rancangan game la jugak.Best ala2 ninja warrior gitu.Hari ni aku bukan nak cerita pasal viking 2 tapi aku nak kongsi apa yang aku dapat dari situ.

1.Orang selau cakap kan orang jepun ni disiplin tinggi,yakuza la segala.Aku tengok viking yang main anak dengan ayah or suami isteri.Ada yang menangis sebab gagal kat mana2 part dalam game tu.Anak terjatuh dalam air so ayah xdapat teruskan.Anak menangis sebab rasa bersalah and ayah dia peluk sambil bagi kata2 perangsang.Terharu di situ.Anak2 akan cuba sedaya upaya untuk banggakan famili tapi orang kita???

2.Anak kagum dengan kerja ayah walaupun ayah cuma tukang kayu.Siap nak jadi tukang kayu lagi tu besar nanti.Diorang realize dengan apa yang diorang suka and minat.Dorang x menyombong kalau tanya nanti nak jadi apa,tukang kayu pun apa salahnya tp berilmu la kan.Cuba tanya anak2 kita(anak2 korang la)..perghhh,doctor,angkasawan n segala..xsalah nak impian tu tinggi2 tapi perasan x betapa orang kita memperlekeh kerja2 yang bawah2 2..xsalah nak jadi petani,tp ilmu kena penuh pas 2 jadi la petani moden..and macam2 lagi la.. kalau xda petani makan rumput la kita kalau nak mengharap beras thai

3.Point ni relate with point 2.Anak2 dorang aim apa yang dorang rasa dorang mampu buat sebab tu dorang dapat buat dengan jayanya.Orang kita sebab selalu sangat ikut orang bila sekali terkandas dah putus semangat dah xtawu buat apa.Aku xkata orang sebab aku senderi pun macam tu..huhuhuhu

kesimpulan......korang pandai2 la nak simpulkan macam mana pun..aku x kisah...peace no war..hehe

Monday, June 28, 2010

Bambam ku sayang



Mana la dia pegi ni...
Aku tunggu dari petang semalam tak balik2 lagi...
Semalam dah jumpa dia kat sungai tengah cari lauk,dah suruh balik dah tapi tak balik2 jugak..
tak ada hasil lagi la tuh...
Balik dengan selamat yea bambam..
Anak2 kau ramai dok tunggu nih..

karang aku nak keluar pegi sungai petani cuci rumah,cari la kejap before tu..risau nau hati eden ni...aishhh

Okey,out ke rumah sewa dulu..

Saturday, June 26, 2010

tuuttt tak kering sebab hujan??


Kenapa tajuk cam gitu??haaa...baca sini



Cerita ni fiksyen semata2 walaupun aku pertama kali baca rasa ngilu la jugak..aishhh..geli tuh.Tapi benda ni jarang berlaku.
Tapi walaupun cerita tu x betol tapi pengajarannya tetap sama.TOLONG JAGA HYGIENE.

p/s:1.aku x letak gambar breast tuh sebab aku geli.Bunga tu xda kaitan langsung..hehe

2.kalau korang buka link tu baca sampai habis untuk lebih faham

kening hilang di hari persandingan??


First sekali nak bagi tahu kening yang hilang tu bukan kening aku sebab aku ni x kawen lagi.Dah lama aku fikir pasal ni tapi aku sendiri pun jadi konpius.Aku try cari info lebih sikit alang2 bosan petang2 ni,mak pulak dok bakar sampah belakang rumah..makkkkk asap banyak ni(so aku pun x boleh tidur dengan jayanya..mak memang pandai..hahaha)..Masa aku kena jadi pengapit jiran aku dulu,kening di cabut katanya nak bagi kemas.Janji mak andam tu sikit je sekali hah sampai ciput je yang tinggal aku tengok(yela,dah asyik adjust kiri kanan je abih la kening tuh last sekali).Dulu masa kecik2 aku dengar orang cakap haram tapi now aku dengar harus pulak.Senang cerita,ni info aku dapat tadi..baca and fikir la yea..

Rumusan yang aku dapat buat(ni untuk diri aku la)

1.aku tak kan cabut bulu kening
walaupun ada yang cakap muka aku macam anak mami(wahhh perasan..hehe)tapi kening aku just nice gitu.xpayah la nk cbut2 ni cukur apatah lagi tapi silalah cabut kalu korang dah rasa kening korang dah macam kening siamang.Tapi aku rasa aku xjumpa lagi orang yang kening teruk macam 2.Lagi pun kesian mak aku,dulu kecik2 mak aku suka letak telur udang bendang nak bagi kening anak2 dia lebat.Biarlah usaha mak aku tu berbaloi

2.Natural beauty
Bagi aku apa yang tuhan dah bagi tu dah cukup alhamdulillah.Cantik sangat ke cabut/cukur tu??kak ipar aku masa nak kawen dengan abang aku x cukur pun kening tapi cantik jugak,abang aku siap jadi pak guard tepi mak andam tu takot2 kening bini dier kena cabut..hahaha..sama jugak la macam mekap..kalu dah sampai xkenal orang...hmmm,korang fikir la sendiri...

kesimpulannya,semua atas diri sendiri...tepuk dada tanya iman

Friday, June 25, 2010

Mati,hidup dan mati kembali..


Hari ni nk ckp pasal mati.Aku ni tak la pandai sangat cuma kadang2 aku selalu jugaklah dengar radio malaysia kedah yang ceramah pukul dua 2 sebab tok aku suka dengar.Back to topic,tadi aku ada buka facebook lepas tu jalan-jalan sat paham2 la pagi2 ni mana ada yang bangun lagi melainkan aku..hehe..aku terbuka facebook seorang kawan ni.....................

1.ucapan takziah
Banyak tol la ucapan takziah aku pun siasat macam detektif conan..rupa2nya mak dia meninggal..ramai kawan2 yang wish takziah cuma aku nak tegur sikit..ni pun dari ceramah yang aku dengar kalu tersalah and ada info lebih silakan tegur2 saya yer..pasal facebook tu,aku tengok ramai tol la dok wish takziah sampai ke semalam padahal mak dia dh meninggal dekat dua minggu...dari apa yang aku dengar kat ustaz 2,takziah ni kita bagi sampai hari ketiga arwah meninggal saja kalau kita nak wish kt orang2 terdekat..aku fikir betul jugak,kang famili baru nak hepi and pulih semangat terus down and sedih balik ingatkan arwah lagi la kalu arwah tu mak, ayah or sapa2 ja la yang kita sayang...

2.kubur
Sebab nak buat entry ni aku pun google picture kubur and mostly picture yang aku jumpa semua pun berbata(aku xtau nak panggil apa tapi yang orang susun2 bata tepi2 kubur tu nak bagi cantek)..masa abang aku meninggal(alfatihah untuk bamat)kami x buat benda tu sebab tu permintaan arwah senderi,dia xsuka macam tu..lepas tu masa bersembang dengan pak sedara aku dia pun cakap x elok..sebabnya???ni imam masjid cakap"kalau nak boh macam tu boh kat semua"..kalau kita letak kesian pulak pada yang x letak.Macam membeza2kan orang..kesian pada yang x mampu..........

3.ciuman
Aku tak puas hati kat seorang mak cik ni masa abang aku meninggal...cerita pasal abang aku,dia meninggal masa 2003 sebab asma and malam tu ialah malam raya and siang tu raya la kan..sedih tu x payah cakap la..tapi aku dh kuat now sebab aku sangat sayangggg abang sulong aku tu..dia cikgu,sebab dia jugak la aku dapat ilmu2 english ni(aku dulu BI fail..haha)..kembali pada tajuk,masa abang aku meninggal and sebelum di kapankan semua famili pun take turn untuk give the last kiss including my sis in law,isteri abang aku(now dah kawen and bahagia..dia memang sangat tabah dulu masa abang meninggal sedangkan baru kawen 3 tahun)..ada seorang mak cik ni suruh kak ipar aku lapik dengan kain untuk cium abang..mak cik tu cakap takut wuduk abang terbatal aku x menbantah sebab aku pun xtau apa2 pasal tu..lepas tu aku ada baca paper Dr.Mashitah cakap isteri boleh cium arwah suami yang meninggal tanpa membatalkan wuduk suami sebab wuduk tu di ambil oleh orang lain..kalau salah info aku ni tolong betulkn yerr...

so kesimpulan aku nak buat kat mak cik tu,kita kalau ilmu agama pun pakai taram ja tanya la orang jangan nak memandai sendri...walaupun mak cik, xsemestinya kita tau suma...............

Monday, June 21, 2010

done!!!


akhirnya siap gak blog ni pas 3 kali try buat..sob3 terharunya...sebab suka sangat baca blog orang sai 2 la nk buat jugak blog ni habaq hanggg...sapa2 nak komen n nak bagi ilmu baru x kisah...ok,ni 1st entry merangkap entry testing...so epi bloging...weee

p/s:pic atas 2 pn pic testing..pic kawan2 masa p beraya umah eden..heeee